Tuesday 14 April 2015

Tips Masa Cuaca Panas




Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Negara sedang mengalami cuaca kering yang berpanjangan dengan terdapat sedikit hujan atau tiada hujan langsung. Ini boleh memberi kesan besar terhadap ekosistem, serta menjejaskan tahap kesihatan.
Kesan Perubahan Iklim terhadap Kesihatan
  • Menjejaskan sumber bekalan air yang selamat, Boleh meningkatkan kes-kes penyakit penyakit bawaan air dan makanan serta cirit-birit.
  • Meningkatkan kes penyakit berkaitan sistem pernafasan serta penyakit kardiovaskular
  • Menyebabkan heat stroke khususnya di kalangan kanak-kanak dan orang tua
Justeru beberapa langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.
Anda perlu;
  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh
  • Seboleh-bolehnya berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
  • Menggunakan topi atau payung
Elakkan;
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi
  • membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup
  • Bersenam dalam cuaca panas.
Beberapa poster yang dilampirkan boleh dijadikan panduan.
Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment