Memang tidak dinafikan epal merupakan
antara contoh buah-buahan yang berkhasiat tinggi. Maka tidak hairan lah mengapa
epal dijadikan sajian pencuci mulut selepas waktu makan kerana segala vitamin
yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita.
Antara
khasiat yang terdapat dalam epal:-
1) Mengandungi serat yang tinggi dan
antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia. Selain itu, ia juga
mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.
2) Kandungan agen antioksidan yang
terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat melambatkan
proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut. Ia juga memperbaiki
tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata
air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan
kulit yang kering.
3) Kandungan kolestrol serta lemak tidak
terdapat dalam epal. So, sesiapa yang
hendak berdiet e pal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan.
hendak berdiet e pal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan.
4) Dalam pada itu, fitokimia yang
dijumpai dalam epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah daripada
tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel
kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.
5) Epal yang mengandungi kandungan serat
dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan.
Serat dapat melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan
kita tenaga.
6) Jangan biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh
menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik sahaja epal dipotong.
No comments:
Post a Comment