Wednesday 20 May 2015

8 Khasiat Timun Untuk Kesihatan Anda




Timun adalah makanan seharian yang penuh khasiat dan boleh digunakan dalam pelbagai masakan atau boleh dimakan mentah begitu sahaja. Bila anda membeli timun pilih yang keras dan berwarna hijau gelap untuk mendapatkan kesegaran timun.

Timun memberikan khasiat seperti berikut:

1) Khasiat Timun Menghidrasi Badan Anda.
Jika anda terlalu sibuk untuk minum air, makanlah timun, ia akan menggantikan kehilangan air dari badan anda kerana timu mengandungi 90% air.

2) Khasiat Timun Membuang Toksin Dari Badan.
Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan anda. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).

3) Khasiat Timun Membekalkan Keperluan Vitamin Harian Anda
Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri dan memberi anda tenaga.
Jadikan timun lebih berkuasa dengan membuat jus timun campur bayam dan lobak merah. Jangan buang kulit  timun kerana ia mengandungi kira-kira 12% keperluan vitamin C harian anda.

4) Khasiat Timun Memulihkan Mata 
Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.

5) Khasiat Timun Melawan Kanser
Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari, payudara, prostat dan kanser rahim.

6) Khasiat Timun Menyembuhkan Kencing Manis, Mengurangkan Kolesterol dan Mengawal Tekanan Darah
Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis.
Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol.
Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.

7) Khasiat Timun Untuk Kesihatan Sendi, Melegakan Artritis dan Sakit Gout
Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis  dengan mengurangkan tahap asid urik.

8) Khasiat Timun Menjaga Kesihatan Buah Pinggang
Timun merendahkan tahap asid urik di dalam badan anda dan dengan ini mengekalkan menjadikan buah pinggang yang sihat bila anda selalu mengambil timun.

Sunday 10 May 2015

8 Khasiat Tomato Yang Anda Tidak Ketahui




Kita sering disarankan untuk makan tomato bagi mendapatkan kulit yang cantik. Tapi tahukah anda bahawa tomato secara umumnya mempunyai lebih banyak khasiat yang bagus?


1. Menghilangkan kutil atau ketuat

Tomato juga berguna untuk menghilangkan kutil atau ketuat iaitu dengan merendamkan kaki ke dalam air suam sepuluh saat dan potong tomato hijau dengan hirisan yang kecil dan diletakkan pada kutil atau ketuat itu kemudian balut dengan kain dan dibuka di waktu pagi.Lakukan di waktu malam berulang kali sehingga lima malam berturut-turut.


2.Membersihkan kulit muka

Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.


3.Merawat jerawat


Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.


4. Pengawalan Berat Badan

Tomato mengandungi lemak rendah serta tiada kolesterol menjadikan ianya berkhasiat untuk dimakan. Ia turut mengandungi banyak air serta serat yang mampu untuk mengenyangkan perut. Tambahkan tomato dalam menu harian. Tingkatkan kreativiti dengan masak menu berlainan agar tidak bosan. Jika anda sedang dalam pelan menguruskan badan, ambil tomato sebagai snack jika terasa lapar.
 

5. 
Membantu Masalah Susah Tidur

Tomato mengandungi sumber nutrisi lycopene yang kebiasaanya hanya terdapat di sayuran atau buah-buahan berwarna merah. Kajian menunjukkan lycopene mempunyai banyak khasiat antaranya membantu kepada masalah tidur. Jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam atau insomnia, cuba hidangan seperti salad atau sup tomato untuk makan malam.
 

6. 
Mengurang Kerosakan Kulit

Selain diketahui sebagai ejen mencantikkan kulit, sumber nutrisi lycopene juga dapat membantu dalam pemulihan kulit. Sebuah kajian membuktikan bahawa dengan memakan sos tomato berterusan selama 3 bulan dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran radiasi matahari sebanyak 30%.
 


7. 
Membantu Penglihatan Mata

Kebiasannya lobak sering dikaitkan dengan kesihatan mata, tetapi tahukah anda bahawa tomato juga turut mempunyai khasiat yang sama? Kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan dari terjadinya rabun malam. Ianya turut menghalang penyakit mata macular degenerationyang menyebabkan kesukaran untuk melihat.
 

8. 
Merawat Batu Karang

Pengambilan tomato secara berterusan dapat memberi kelegaan kepada kesakitan akibat batu karang. Selain itu, menerusi beberapa kajian yang dijalankan juga membuktikan bahawa tomato dapat menghalang terjadinya penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser prostat.

Saturday 9 May 2015

Punca Terjadinya Gout


Apakah Gout?

Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.



Punca Gout

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.



Cara mengatasi

·         Amalkan diet rendah purine. Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis).
·         Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
·         Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
·         kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
·         Bersenam

Thursday 7 May 2015

5 Khasiat Dan Kebaikan Sayuran Hijau

Membantu proses menurunkan berat badan

Sayuran hijau adalah semula jadi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat yang menjadikan ia lambat untuk di hadamkan. Maka ia akan membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Kelebihan utama sayuran hijau adalah ia sangat rendah kalori yang telah membuktikan bahawa ia sesuai di jadikan menu untuk membantu proses penurunan berat badan.


Mencantikkan kulit

Oleh kerana sayuran hijau mengandungi banyak kandungan air, ia membantu badan untuk kekalkan kelembapan dan ianya menyumbang kepada kecantikan kulit dan rambut. Anti oksidan seperti vitamin C yang terdapat di dalam sayuran hijau juga membantu tubuh untuk membuat kolagen yang juga membantu mencantikkan kulit dan rambut selain mengurangkan risiko arthritis. Vitamin E dan vitamin bergabung untuk mengekalkan kulit yang sihat walaupun meningkat usia. 





Membina dan memperbaiki tulang 

Sesetengah sayuran hijau seperti sayur kailan adalah tinggi dengan kalsium dapat membantu memastikan gigi dan tulang sentiasa kuat. Ia juga dapat mengurangkan risiko menghidap osteoporosis. Sayur yang mengandungi kalium juga mempunyai fungsi yang sama. Untuk mendapatkan tulang yang kuat, badan kita memerlukan kalsium, vitamin D dan vitamin K yang bekerjasama untuk membina dan membaiki tulang. 


Memastikan sistem imun kuat

Akhir sekali, sayuran hijau seperti bayam, mengandungi beta-karotena yang membantu melindungi sel daripada rosak, meningkatkan fungsi imun dan melingdungi mata daripada penyakit yang berkaitan usia. Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.



Menangani masalah kesihatan

selain daripada rasa yang sedap dan lazat sayur-sayuran mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi


Monday 4 May 2015

Bagaimana Kita Nak Menjaga Dalaman Kita Secara Tidak Langsung Luaran Turut Terjaga?





1. Dgn mngamalkan pemakanan yang sihat.

·                     Pengmbilan makanan yang sihat serlahkan tubuh yang sihat, otak pun cerdas jadi luaran kita juga secara tidak langsung mempamerkan keterampilan yang boleh mempengaruhi persekitaran.

2. Pengmbilan air yang cukup.

·                     Minumlah air 2 liter atau lebih setiap hari, membantu penghadaman & Mencegah jangkitan kencing, sekiranya anda seorang ibu menyusu wajib minum 3 liter atau lebih. 

3. Bersenam at least 30 minit 1 hari.

·                     Utk permulaan anda boleh buat selang seli atau pun, curi masa seketika utk bersenam ringan. 1 permulaan yang baik bukan?

4. Sentiase berfikiran positif.

·                     Pemikiran kita mempengaruhi tindakan kita, kalau fikir baik maka baiklah perbuatan kita & sebaliknya. Berfikiran negatif akan membawa kepada masalah kemurungan yang boleh menjejaskan emosi & kesihatan.

4. Kuasai Minda Separa Sedar dengan mengawal Minda Sedar


5. Tidur dengan cukup.

·                      Tidur dengan cukup dan bangun awal pagi serta elakkan tidur di siang hari dengan tempoh yang lama. 


6. Pengambilan supplemen.


·                     Pengambilan suplemen boleh membantu anda dengan lebih berkesan & menyeluruh dalam menjaga kesihatan dalaman & luaran. 

Thursday 30 April 2015

Tanda-Tanda Kencing Manis Yang Anda Perlu Tahu




Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda mengenal pasti tanda-tanda tersebut dan mendapatkan rawatan segera, bagi mengelakkan anda dari menjadi korban penyakit kencing manis.

Jenis-jenis kencing manis
Terdapat dua jenis penyakit diabetes yang utama iaitu Kencing Manis Jenis 1 (Diabetes Type 1) dan Kencing Manis Jenis 2 (Diabetes Type 2).

Kencing Manis Jenis 1 - "Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja.
Biasanya badan tidak dapat menghasilkan insulin.

Kencing Manis Jenis 2 - "Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
Jenis yang paling biasa ditemui. Lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah dari Jenis 2.
Biasanya dihidapi oleh orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
Biasanya sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi.
Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin. Sebenarnya kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik.

Simptom-simptom kencing manis
Berikut adalah 10 tanda-tanda umum penyakit kencing manis yang anda boleh perhatikan. Tidak semua orang akan mengalami semua gejala berikut dan bagi mereka yang mengalaminya biasanya ianya tidaklah teruk. Ramai pesakit yang menghidapi kencing manis Jenis 2 tidak menyedarinya selama bertahun-tahun kerana tanda-tanda awalnya kurang ketara.

Doktor boleh melakukan ujian yang mudah untuk menilai risiko kencing manis anda. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, anda boleh mendapatkan rawatan serta membuat perubahan kepada gaya hidup anda sebelum ianya terlambat.



Kini produk CYPREME juga boleh digunakan untuk kencing manis. Produk yang terlaris dipasaran sekarang. Tak perlu cucuk insulin lagi, hanya amalkan minum air cypreme setiap hari sudah cukup. InshaAllah, ia bertindak dalam masa seminggu sudah nampak kesan. 


Cara penggunaan cypreme
=====
titiskan 51 titik ke 1.5 liter air mineral

habiskan dalam masa sehari.mimum ketika perut kosong

amalkan setiap hari.

kesan seawal 7 hari


Untuk tempahan atau pertanyaan boleh hubungi nombor seperti di dalam gambar di bawah.


Untuk testimoni cypreme boleh lihat DISINI.


Wednesday 29 April 2015

Testimoni CYPREME

Assalamualaikum, harini saya nak share tentang TESTIMONI costumer CYPREME. Bagi yang ada rasa ragu-ragu untuk mencuba, ni bukti testimoni costumer kami yang sudah mencuba produk cypreme. Alhamdulillah, semakin ramai yang mencuba produk kami dan berhasil. Produk cypreme bukan untuk GOUT saja malah untuk KENCING MANIS, RESDUNG, dan DARAH TINGGI pun boleh. Ada juga costumer kami yang amalkan minum cypreme setiap hari walaupun tiada penyakit seperti gout, darah tinggi. 



SMS GT1 KE 013-9938805 Untuk Maklumat Lanjut. 
SMS GT1 KE 013-9938805 Untuk Maklumat Lanjut. 
SMS GT1 KE 013-9938805 Untuk Maklumat Lanjut.








PRODUK TERLARIS DIPASARAN! 
Kalau bukan sekarang bila lagi mahu mencuba, lebih baik MENCEGAH dari MERAWAT.
Kami buat promosi khas untuk pelanggan kami yang tersayang. Harga kasih sayang kami bagi kepada pelanggan kami. Cepat sementara promosi masih ada dan stok terlalu tinggi permintaan. Cepat cepat cepat! 


PROMOSI HEBAT!!!
SMS GT1 KE 013-9938805 Untuk Maklumat Lanjut. 
SMS GT1 KE 013-9938805 Untuk Maklumat Lanjut. 
SMS GT1 KE 013-9938805 Untuk Maklumat Lanjut.






Monday 27 April 2015

Khasiat Memakan Betik




Antara Khasiat  Memakan Betik :


1. Mencegah penyakit kandung hempedu


Selain mengandungi vitamin C yang tinggi, iaitu dua kali ganda kandungan vitamin C di dalam buah limau, betik juga boleh mencegah penyakit yang mendera kandung hempedu. Ini merupakan hasil kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih daripada 13 ribu orang. Setelah menganalisis kadar darah sukarelawan, para pengkaji  mendapati bahawa mereka yang mempunyai kadar vitamin  C yang rendah, akan mengalami  risiko menderita penyakit kandung hempedu yang tinggi.


Walaupun sumber vitamin C boleh didapati daripada pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah betik dalam ukuran sederhana (±280 gram) mengandungi  88 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini ialah jumlah yang amat besar. Penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang wanita berbanding lelaki, oleh itu amalan makan betik amat baik untuk kaum wanita.



2. Mengurangkan keradangan


Betik mempunyai beberapa enzim protein pencernaan unik termasuklah papain dan chymopapain. Dipercayai enzim ini mampu membantu mengurangkan keradangan dan dapat merangsang penyembuhan akibat kesan terbakar.


Khasiat antioksida di dalam betik termasuklah vitamin C, E dan beta karotena juga amat baik dalam mengurangkan keradangan.


Papain di dalam betik muda dikatakan amat berguna dalam masalah kekurangan jus gastric, mucus tidak elok yang berlebihan di dalam perut, dyspepsia dan keradangan usus.


Buah yang masak pula jika dimakan selalu, mampu mengurangkan masalah sembelit, hemoroid atau buasir, najis yang berdarah dan kronik.
Jus yang dihasilkan daripada biji betik juga dikatakan berguna dalam merawat dyspepsia dan najis berdarah.


3.Membantu peredaran haid yang teratur


Buah yang belum masak dikatakan elok dimakan oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur.


Ia mampu mengecutkan struktur otot rahim dan sekaligus memastikan peredaran haid yang teratur.


4.Merawat sirosis hati


Biji betik pula dikatakan amat bernilai tinggi dalam merawat sirosis hati yang disebabkan oleh alkoholisme, kekurangan zat dan pelbagai sebab lain.
Satu sudu jus biji betik yang dikisar dan dicampurkan dengan 10 titis jus limau dikatakan boleh diambil sekali atau dua kali sehari selama kira-kira sebulan sebagai ubat bagi penyakit ini.


5.Merawat penyakit tekak


Jus betik yang dicampurkan dengan madu dikatakan boleh digunakan dalam merawat tonsil yang kemerahan akibat difteria dan penyakit tekak yang lain.
Ramuan ini dikatakan mampu mencairkan membran dan menghalang jangkitan daripada merebak.


6.Penawar masalah limpa


Buah betik masak pula dikatakan amat berguna dalam merawat masalah limpa yang mengalami pembesaran. Buah yang telah dibuang kulit dipotong dan direndam di dalam cuka selama seminggu. Kira-kira 20 g betik yang telah dijeruk ini, boleh diambil dua kali sehari bagi merawat masalah ini.
Hirisan buah betik yang telah dicampurkan dengan biji jintan putih dan lada hitam pula dikatakan elok dimakan sekali sehari untuk merawat pembesaran limpa yang disebabkan penyakit malaria.


7.Merawat tumit pecah


Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh  menyebabkan kaki terasa sakit.
Satu daripada rawatan tradisonal bagi mengubati masalah ini adalah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu di bahagian tumit yang pecah.
Namun begitu elakkan daripada terkena mata kerana getah muda ini akan mengakibatkan mata gatal dan bengkak seperti digigit serangga.


KHASIAT DAUN BETIK DALAM MENGUBATI KANSER 

Pucuk betik atau daun muda selalunya direbus dan dijadikan ulam. Ianya mempunyai banyak khasiat antaranya merendahkan tahap kolesterol dalam darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit migrain di samping boleh melangsingkan badan.


Pucuk betik mempunyai rasa yang agak pahit. Untuk mengubat penyakit di atas adalah dengan memakan pucuknya yang direbus ataupun meminum satu atau dua gelas air rebusannya.


Daun betik mengandungi mineral dan vitamins (A, C, B complex, b17, Vitamin k and E).


Daun yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit.


Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis


Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.


Bagi merawat luka berdarah, daun betik ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut. Ia dapat menghentikan pendarahan.


Daun betik juga dikatakan dapat menahan kesakitan, Cara menggunakan daun betik untuk menahan kesakitan seperti kanser :


a) Rebuskan 2 helai daun betik bersama 1liter air mineral.
b) Biarkan ia mendidih dan menjadi � liter air. Amalkan 4 jam sekali.
c) 1 Gelas sekali minum. 6 gelas sehari.


Akan membantu menghilangkan kesakitan akibat penyakit kanser dan membunuh sel kanser sebab ia mengandungi B17


Di dalam buku Papaya as Medicine, pengarangnya menggunakan muka surat 75-87 untuk menceritakan pengalaman-pengalaman penderita kanser (atau kanker di Indonesia), kebanyakannya orang Australia, sembuh dengan izin Allah, dengan meminum air rebusan daun betik.


RESIPI AIR REBUSAN DAUN BETIK UNTUK PESAKIT KANSER

a) Ambil 7 helai daun yang sederhana besarnya -- daun betik yang tidak terlalu tua, dan tidak terlalu muda.
b) Basuh daun2 itu dan toskan airnya.
c) Potong daun2 itu kecil2 seperti kita potong kobis.
d) Masukkan daun yang sudah dipotong ke dalam periuk bersama 2 liter air.
e) Masak dengan api kecil sehingga mendidih dan air menjadi setengah.
f) Tapis dan masukkan ke dalam bekas kaca.
g) Simpan di dalam peti sejuk sehingga 3 atau 4 hari.
h) Minum sebanyak 50 ml tiga kali sehari.
i) Kalau air sudah menjadi keruh (cloudy) sila buang.

Saturday 25 April 2015

Produk CYPREME Penawar Bagi Penyakit Gout

Adakah Anda Atau Keluarga (Ibu & Ayah) Mengalami Masalah Berikut?

  • Sakit lutut kerana kurang pelincir (Arthritis) ?
  • Sukar untuk solat dan berjalan kerana sakit lutut yang teruk?
  • Sakit-sakit sendi pada waktu tertentu sehingga tidak selesa untuk bergerak?
  • Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki?
  • Sendi menjadi bengkak,kaku serta panas dan merah?
  • Kandungan gula galam darah yang  tinggi?
  • Badan tidak bertenaga?
  • Luka lambat sembuh?
  • Darah yang pekat & gelap?
  • Kerap tasa letih & lesu?
  • Kualiti tidur yang tidak bagus?
  • Jari-jari mengeras dan bengkok?
  • Kerap kencing terutama waktu malam?
  • Sering dahaga dan banyak minum air terutama air manis?
  • Mudah lapar dan banyak makan ?
  • Mudah penat dan sering mengantuk?
  • Kebas pada bahagian kaki dan tangan?
  • Penglihatan menjadi kabur?
Tanda-tanda di atas merupakan simpton-simptom bagi penyakit gout dan kencing manis. Jika anda mengalami masalah tersebut, luangkan masa sebentar demi membantu orang yang tersayang menjalani kehidupan lebih selesa, Insya’ Allah…

Semakin awal anda mengambil tindakan, semakin cepat ia disembuhkan. jangan tangguhkan sampai peringkat yang terakhir, masa tu mungkin terlambat sudah.



MEMPERKENALKAN…






CYPREME – PENAWAR GOUT & KENCING MANIS  TERBAIK!



CYPREME adalah sejenis cecair yang bersifat alkali dengan bacaan PHnya ialah 7.8 stabil. Terdapat empat bahan utama di dalam CYPREME iaitu:
  • Air zam-zam
  • Garam mineral
  • Amber
  • Zeolite
Keempat-empat bahan ini merupakan bahan semulajadi. Jadi, ianya halal. Bahan-bahan ini mengandungi kadar alkali yang tinggi dan mempunyai khasiat yang tersendiri yang membantu merawat permasalah tubuh manusia.


Anda mempunyai masalah GOUT? Tidak tahan sakit. Penawar bagi penyakit gout adalah CYPREME. InshaAllah dgn izinNya penyakit anda akan sembuh. Untuk maklumat lanjut boleh SMS di nombor tersebut.



SMS GT1 KE 013-9938805 Untuk Maklumat Lanjut. 
SMS GT1 KE 013-9938805 Untuk Maklumat Lanjut. 
SMS GT1 KE 013-9938805 Untuk Maklumat Lanjut.

Thursday 23 April 2015

Sayangi Jantung Anda



·                     Jantung manusia mula berdegup sejak dari dalam keadaan janin lagi.
·                     Bayangkanlah berapa juta kali jantung anda telah berdegup sejak anda dilahirkan hinggalah sekarang tanpa berhenti walaupun untuk satu saat.
·                     Bayangkanlah bagaimana kalau jantung anda perlu berehat sekejap daripada menjalankan 'tugasnya'?
·                     Ini tidak mungkin berlaku kerana jantung merupakan salah satu daripada organ penting dalam sistem badan manusia dan ianya sangat unik kerana mampu untuk memulakan denyutan tanpa memerlukan sebarang ransangan daripada otak. Ianya dikenali sebagai pacemaker. Anggota atau organ badan yang lain memerlukan input atau arahan daripada otak sebagai pusat kawalan melalui sistem saraf untuk memulakan sesuatu tindakbalas atau kerja. 
·                     Contohnya apabila kita terpegang sesuatu yang panas, otak akan menghantar isyarat kepada otot lengan untuk menarik tangan kita melalui sistem saraf dan deria.
·                     Tetapi hal ini tidak akan berlaku pada jantung kerana ia akan sentiasa menjalankan fungsinya tanpa perlu sebarang ransangan dan input dari otak.
·                     Oleh itu, jantung kita haruslah sentiasa dijaga dan dipelihara supaya tidak terlampau terbeban dan 'over work'. 
·                     Antara perkara yang menyebabkan jantung kita terpaksa bekerja lebih kuat daripada biasa adalah apabila terdapat penyumbatan di dalam arteri (Artherosclerosis) dimana aliran darah di dalam arteri terganggu  dan tidak dapat dialirkan dengan baik ke seluruh bahagian otot jantung dan organ-organ yang lain di dalam badan. 
·                     Ini seterusnya akan menyebabkan berlakunya ischemia, suatu keadaan di mana organ-organ dan tisu di dalam badan mendapat bekalan darah yang tidak mencukupi yang disebabkan oleh penyumbatan yang berlaku di dalam arteri. 
·                     Sekiranya keadaan ini berlaku pada jantung, ianya dikenali sebagai cardiac ischemia ataupun myocardial ischemia dimana bekalan darah dan oksigen ke otot jantung berkurangan, yang mana ia boleh merosakkan otot-otot jantung dan mengurangkan kebolehannya untuk mengepam darah ke seluruh badan. (Di rujuk dari www.mayoclinic.com)

·                     Penyumbatan separa atau sepenuhnya dalam arteri koronari akan menyebabkan bekalan darah ke otot jantung berkurangan ataupun terputus langsung, yang akan menyebabkan berlakunya serangan jantung (Heart Attack).