- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
- Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
- Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
- Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Serangan
penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa
mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan
penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan
secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas
pembedahan.
Serangan
tiba-tiba menjadi lebih ketara bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk
seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka
mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan
kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit. Tetapi ini bukan
bermakna sembuh tetapi jika penyakit gout tidak diubati sakit ini mungkin akan
kembali menyerang dan perlu untuk diketahui juga, serangan kerapa kali pada
bahagian sendi akan merosakkan sendi serta fungsinya.
Penyakit
Gout ini sering berlaku pada lelaki berusia 30 tahun ke atas. Perempuan juga
boleh mengalami masalah ini terutamanya selepas mengalami putus haid. Faktor
keturunan juga memainkan peranan dalam risiko mendapat penyakit ini.
Rawatan
gout melalui hospital atau melalui kaedah lain mungkin boleh menolong pesakit
gout untuk keluar dari kengkangan penyakit ini. Penawar bagi penyakit gout ada
DISINI.
No comments:
Post a Comment