Tuesday 14 April 2015

Tips Kekal Cantik Luaran dan Dalaman




Pada Umumnya, ramai yang hanya titik beratkan kecantikan luaran sahaja , anda perlu tahu kecantikan dalaman juga amat penting untuk dapatkan kecantikan keseluruhan dengan sempurna.
Bagaimana nak cantik luaran dan dalaman ? :-
1.Minum banyak air
Perbanyakkan minum air masak / air putih / air suam . Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
2.Bersenam
Bersenam , ramai yang abaikan aktiviti sihat ini. bersenam baik utk kesihatan. Elok  utk rohani. Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah. Jgn malas utk bersenam. Lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah, atau berjalan ulang alik dalam rumah juga boleh.
3.Jangan merokok. 
Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Teramat banyak menjuruskan kepada gejala yang tidak sihat . Jadi saya kurangkanlah atau berhentilah merokok.
4.Tidur yang cukup
Tidur perlu cukup dalam sehari kita, supaya badan terasa segar dan bermaya . Bawah mata pun tak kan ada kesan lebam. Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua.
5.Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap
Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas. Jgn biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Bila balik dari kerja, berjalan usah terus tidur tanpa membuang mekap.  Ini berisiko kulit cepat rosak.
 6.Makan yg cukup tapi bukan berlebihan.
Makan secukupnya , bukan mengikut selera yang memudharatkan tetapi mengikut diet yang seimbang . Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

No comments:

Post a Comment