Apakah Gout?
Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang
menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal
di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin
tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia
disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di
sendi tendon serta tisu sekeliling.
Punca Gout
Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk
pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada
penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik
(iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein);
berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki
dan menyebabkan rasa sakit.
Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan
hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga
dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke
sendi lain pada kaki dan tangan.
Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut,
kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam
makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid
urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan
menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan
risiko gout sebanyak 50 peratus.
No comments:
Post a Comment