Wednesday 20 May 2015

8 Khasiat Timun Untuk Kesihatan Anda




Timun adalah makanan seharian yang penuh khasiat dan boleh digunakan dalam pelbagai masakan atau boleh dimakan mentah begitu sahaja. Bila anda membeli timun pilih yang keras dan berwarna hijau gelap untuk mendapatkan kesegaran timun.

Timun memberikan khasiat seperti berikut:

1) Khasiat Timun Menghidrasi Badan Anda.
Jika anda terlalu sibuk untuk minum air, makanlah timun, ia akan menggantikan kehilangan air dari badan anda kerana timu mengandungi 90% air.

2) Khasiat Timun Membuang Toksin Dari Badan.
Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan anda. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).

3) Khasiat Timun Membekalkan Keperluan Vitamin Harian Anda
Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri dan memberi anda tenaga.
Jadikan timun lebih berkuasa dengan membuat jus timun campur bayam dan lobak merah. Jangan buang kulit  timun kerana ia mengandungi kira-kira 12% keperluan vitamin C harian anda.

4) Khasiat Timun Memulihkan Mata 
Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.

5) Khasiat Timun Melawan Kanser
Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari, payudara, prostat dan kanser rahim.

6) Khasiat Timun Menyembuhkan Kencing Manis, Mengurangkan Kolesterol dan Mengawal Tekanan Darah
Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis.
Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol.
Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.

7) Khasiat Timun Untuk Kesihatan Sendi, Melegakan Artritis dan Sakit Gout
Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis  dengan mengurangkan tahap asid urik.

8) Khasiat Timun Menjaga Kesihatan Buah Pinggang
Timun merendahkan tahap asid urik di dalam badan anda dan dengan ini mengekalkan menjadikan buah pinggang yang sihat bila anda selalu mengambil timun.

Sunday 10 May 2015

8 Khasiat Tomato Yang Anda Tidak Ketahui




Kita sering disarankan untuk makan tomato bagi mendapatkan kulit yang cantik. Tapi tahukah anda bahawa tomato secara umumnya mempunyai lebih banyak khasiat yang bagus?


1. Menghilangkan kutil atau ketuat

Tomato juga berguna untuk menghilangkan kutil atau ketuat iaitu dengan merendamkan kaki ke dalam air suam sepuluh saat dan potong tomato hijau dengan hirisan yang kecil dan diletakkan pada kutil atau ketuat itu kemudian balut dengan kain dan dibuka di waktu pagi.Lakukan di waktu malam berulang kali sehingga lima malam berturut-turut.


2.Membersihkan kulit muka

Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.


3.Merawat jerawat


Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.


4. Pengawalan Berat Badan

Tomato mengandungi lemak rendah serta tiada kolesterol menjadikan ianya berkhasiat untuk dimakan. Ia turut mengandungi banyak air serta serat yang mampu untuk mengenyangkan perut. Tambahkan tomato dalam menu harian. Tingkatkan kreativiti dengan masak menu berlainan agar tidak bosan. Jika anda sedang dalam pelan menguruskan badan, ambil tomato sebagai snack jika terasa lapar.
 

5. 
Membantu Masalah Susah Tidur

Tomato mengandungi sumber nutrisi lycopene yang kebiasaanya hanya terdapat di sayuran atau buah-buahan berwarna merah. Kajian menunjukkan lycopene mempunyai banyak khasiat antaranya membantu kepada masalah tidur. Jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam atau insomnia, cuba hidangan seperti salad atau sup tomato untuk makan malam.
 

6. 
Mengurang Kerosakan Kulit

Selain diketahui sebagai ejen mencantikkan kulit, sumber nutrisi lycopene juga dapat membantu dalam pemulihan kulit. Sebuah kajian membuktikan bahawa dengan memakan sos tomato berterusan selama 3 bulan dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran radiasi matahari sebanyak 30%.
 


7. 
Membantu Penglihatan Mata

Kebiasannya lobak sering dikaitkan dengan kesihatan mata, tetapi tahukah anda bahawa tomato juga turut mempunyai khasiat yang sama? Kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan dari terjadinya rabun malam. Ianya turut menghalang penyakit mata macular degenerationyang menyebabkan kesukaran untuk melihat.
 

8. 
Merawat Batu Karang

Pengambilan tomato secara berterusan dapat memberi kelegaan kepada kesakitan akibat batu karang. Selain itu, menerusi beberapa kajian yang dijalankan juga membuktikan bahawa tomato dapat menghalang terjadinya penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser prostat.

Saturday 9 May 2015

Punca Terjadinya Gout


Apakah Gout?

Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.



Punca Gout

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.



Cara mengatasi

·         Amalkan diet rendah purine. Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis).
·         Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
·         Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
·         kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
·         Bersenam

Thursday 7 May 2015

5 Khasiat Dan Kebaikan Sayuran Hijau

Membantu proses menurunkan berat badan

Sayuran hijau adalah semula jadi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat yang menjadikan ia lambat untuk di hadamkan. Maka ia akan membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Kelebihan utama sayuran hijau adalah ia sangat rendah kalori yang telah membuktikan bahawa ia sesuai di jadikan menu untuk membantu proses penurunan berat badan.


Mencantikkan kulit

Oleh kerana sayuran hijau mengandungi banyak kandungan air, ia membantu badan untuk kekalkan kelembapan dan ianya menyumbang kepada kecantikan kulit dan rambut. Anti oksidan seperti vitamin C yang terdapat di dalam sayuran hijau juga membantu tubuh untuk membuat kolagen yang juga membantu mencantikkan kulit dan rambut selain mengurangkan risiko arthritis. Vitamin E dan vitamin bergabung untuk mengekalkan kulit yang sihat walaupun meningkat usia. 





Membina dan memperbaiki tulang 

Sesetengah sayuran hijau seperti sayur kailan adalah tinggi dengan kalsium dapat membantu memastikan gigi dan tulang sentiasa kuat. Ia juga dapat mengurangkan risiko menghidap osteoporosis. Sayur yang mengandungi kalium juga mempunyai fungsi yang sama. Untuk mendapatkan tulang yang kuat, badan kita memerlukan kalsium, vitamin D dan vitamin K yang bekerjasama untuk membina dan membaiki tulang. 


Memastikan sistem imun kuat

Akhir sekali, sayuran hijau seperti bayam, mengandungi beta-karotena yang membantu melindungi sel daripada rosak, meningkatkan fungsi imun dan melingdungi mata daripada penyakit yang berkaitan usia. Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.



Menangani masalah kesihatan

selain daripada rasa yang sedap dan lazat sayur-sayuran mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi


Monday 4 May 2015

Bagaimana Kita Nak Menjaga Dalaman Kita Secara Tidak Langsung Luaran Turut Terjaga?





1. Dgn mngamalkan pemakanan yang sihat.

·                     Pengmbilan makanan yang sihat serlahkan tubuh yang sihat, otak pun cerdas jadi luaran kita juga secara tidak langsung mempamerkan keterampilan yang boleh mempengaruhi persekitaran.

2. Pengmbilan air yang cukup.

·                     Minumlah air 2 liter atau lebih setiap hari, membantu penghadaman & Mencegah jangkitan kencing, sekiranya anda seorang ibu menyusu wajib minum 3 liter atau lebih. 

3. Bersenam at least 30 minit 1 hari.

·                     Utk permulaan anda boleh buat selang seli atau pun, curi masa seketika utk bersenam ringan. 1 permulaan yang baik bukan?

4. Sentiase berfikiran positif.

·                     Pemikiran kita mempengaruhi tindakan kita, kalau fikir baik maka baiklah perbuatan kita & sebaliknya. Berfikiran negatif akan membawa kepada masalah kemurungan yang boleh menjejaskan emosi & kesihatan.

4. Kuasai Minda Separa Sedar dengan mengawal Minda Sedar


5. Tidur dengan cukup.

·                      Tidur dengan cukup dan bangun awal pagi serta elakkan tidur di siang hari dengan tempoh yang lama. 


6. Pengambilan supplemen.


·                     Pengambilan suplemen boleh membantu anda dengan lebih berkesan & menyeluruh dalam menjaga kesihatan dalaman & luaran. 

Thursday 30 April 2015

Tanda-Tanda Kencing Manis Yang Anda Perlu Tahu




Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda mengenal pasti tanda-tanda tersebut dan mendapatkan rawatan segera, bagi mengelakkan anda dari menjadi korban penyakit kencing manis.

Jenis-jenis kencing manis
Terdapat dua jenis penyakit diabetes yang utama iaitu Kencing Manis Jenis 1 (Diabetes Type 1) dan Kencing Manis Jenis 2 (Diabetes Type 2).

Kencing Manis Jenis 1 - "Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja.
Biasanya badan tidak dapat menghasilkan insulin.

Kencing Manis Jenis 2 - "Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
Jenis yang paling biasa ditemui. Lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah dari Jenis 2.
Biasanya dihidapi oleh orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
Biasanya sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi.
Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin. Sebenarnya kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik.

Simptom-simptom kencing manis
Berikut adalah 10 tanda-tanda umum penyakit kencing manis yang anda boleh perhatikan. Tidak semua orang akan mengalami semua gejala berikut dan bagi mereka yang mengalaminya biasanya ianya tidaklah teruk. Ramai pesakit yang menghidapi kencing manis Jenis 2 tidak menyedarinya selama bertahun-tahun kerana tanda-tanda awalnya kurang ketara.

Doktor boleh melakukan ujian yang mudah untuk menilai risiko kencing manis anda. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, anda boleh mendapatkan rawatan serta membuat perubahan kepada gaya hidup anda sebelum ianya terlambat.



Kini produk CYPREME juga boleh digunakan untuk kencing manis. Produk yang terlaris dipasaran sekarang. Tak perlu cucuk insulin lagi, hanya amalkan minum air cypreme setiap hari sudah cukup. InshaAllah, ia bertindak dalam masa seminggu sudah nampak kesan. 


Cara penggunaan cypreme
=====
titiskan 51 titik ke 1.5 liter air mineral

habiskan dalam masa sehari.mimum ketika perut kosong

amalkan setiap hari.

kesan seawal 7 hari


Untuk tempahan atau pertanyaan boleh hubungi nombor seperti di dalam gambar di bawah.


Untuk testimoni cypreme boleh lihat DISINI.


Wednesday 29 April 2015

Testimoni CYPREME

Assalamualaikum, harini saya nak share tentang TESTIMONI costumer CYPREME. Bagi yang ada rasa ragu-ragu untuk mencuba, ni bukti testimoni costumer kami yang sudah mencuba produk cypreme. Alhamdulillah, semakin ramai yang mencuba produk kami dan berhasil. Produk cypreme bukan untuk GOUT saja malah untuk KENCING MANIS, RESDUNG, dan DARAH TINGGI pun boleh. Ada juga costumer kami yang amalkan minum cypreme setiap hari walaupun tiada penyakit seperti gout, darah tinggi. 



SMS GT1 KE 013-9938805 Untuk Maklumat Lanjut. 
SMS GT1 KE 013-9938805 Untuk Maklumat Lanjut. 
SMS GT1 KE 013-9938805 Untuk Maklumat Lanjut.








PRODUK TERLARIS DIPASARAN! 
Kalau bukan sekarang bila lagi mahu mencuba, lebih baik MENCEGAH dari MERAWAT.
Kami buat promosi khas untuk pelanggan kami yang tersayang. Harga kasih sayang kami bagi kepada pelanggan kami. Cepat sementara promosi masih ada dan stok terlalu tinggi permintaan. Cepat cepat cepat! 


PROMOSI HEBAT!!!
SMS GT1 KE 013-9938805 Untuk Maklumat Lanjut. 
SMS GT1 KE 013-9938805 Untuk Maklumat Lanjut. 
SMS GT1 KE 013-9938805 Untuk Maklumat Lanjut.