Thursday 23 April 2015

Sayangi Jantung Anda



·                     Jantung manusia mula berdegup sejak dari dalam keadaan janin lagi.
·                     Bayangkanlah berapa juta kali jantung anda telah berdegup sejak anda dilahirkan hinggalah sekarang tanpa berhenti walaupun untuk satu saat.
·                     Bayangkanlah bagaimana kalau jantung anda perlu berehat sekejap daripada menjalankan 'tugasnya'?
·                     Ini tidak mungkin berlaku kerana jantung merupakan salah satu daripada organ penting dalam sistem badan manusia dan ianya sangat unik kerana mampu untuk memulakan denyutan tanpa memerlukan sebarang ransangan daripada otak. Ianya dikenali sebagai pacemaker. Anggota atau organ badan yang lain memerlukan input atau arahan daripada otak sebagai pusat kawalan melalui sistem saraf untuk memulakan sesuatu tindakbalas atau kerja. 
·                     Contohnya apabila kita terpegang sesuatu yang panas, otak akan menghantar isyarat kepada otot lengan untuk menarik tangan kita melalui sistem saraf dan deria.
·                     Tetapi hal ini tidak akan berlaku pada jantung kerana ia akan sentiasa menjalankan fungsinya tanpa perlu sebarang ransangan dan input dari otak.
·                     Oleh itu, jantung kita haruslah sentiasa dijaga dan dipelihara supaya tidak terlampau terbeban dan 'over work'. 
·                     Antara perkara yang menyebabkan jantung kita terpaksa bekerja lebih kuat daripada biasa adalah apabila terdapat penyumbatan di dalam arteri (Artherosclerosis) dimana aliran darah di dalam arteri terganggu  dan tidak dapat dialirkan dengan baik ke seluruh bahagian otot jantung dan organ-organ yang lain di dalam badan. 
·                     Ini seterusnya akan menyebabkan berlakunya ischemia, suatu keadaan di mana organ-organ dan tisu di dalam badan mendapat bekalan darah yang tidak mencukupi yang disebabkan oleh penyumbatan yang berlaku di dalam arteri. 
·                     Sekiranya keadaan ini berlaku pada jantung, ianya dikenali sebagai cardiac ischemia ataupun myocardial ischemia dimana bekalan darah dan oksigen ke otot jantung berkurangan, yang mana ia boleh merosakkan otot-otot jantung dan mengurangkan kebolehannya untuk mengepam darah ke seluruh badan. (Di rujuk dari www.mayoclinic.com)

·                     Penyumbatan separa atau sepenuhnya dalam arteri koronari akan menyebabkan bekalan darah ke otot jantung berkurangan ataupun terputus langsung, yang akan menyebabkan berlakunya serangan jantung (Heart Attack). 

No comments:

Post a Comment