Isu-isu yang berkaitan dengan gaya hidup sihat kerap diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat. Amalan gaya hidup sihat akan membolehkan seseorang itu hidup sihat sepanjang hayat. Banyak Pandangan berkaitan dengan gaya hidup sihat, tetapi adalah tidak wajar kita mengambil mudah tentang amalan gaya hidup sihat ini.
1. Menjaga
Pemakanan Seharian
Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Oleh
itu, kita hendaklah mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan seimbang
membolehkan tubuh badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk. Pemakanan yang
tidak seimbang akan menyebabkan badan kita mendapat pelbagai penyakit seperti
darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis.
2. Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran
Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan
persekitaran. Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah
dihapuskan. Segala sampah sarap hendaklah dubuang ke temapat yang dikhaskan.
Jangan sesekali membuang sampah sarap ke dalam sungai atau dibaar di luar rumah
kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.
3. Bersenam atau Beriadah
Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan
melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik
dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang
kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi
otot-otot badan.
4. Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan
Kita juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara
perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan
menagih dadah. Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat
penyakit paru-paru dan jantung. Manakala penagihan dadah boleh menyebabkan punca
penyakit sosial dan masyarakat, menjadi penghalang kepada kemajuan dan
pembangunan negara, maka marilah kita meningkatkan kesedaran dan kefahaman kita
terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, dan berusaha mengawal dan mencegah
berlakunya kegiatan buruk ini.
5. Membuat Pemeriksaan Kesihatan
Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan.
Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan
mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh megambil langkah tertentu bagi
memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan baik. Pemeriksaan ini boleh
dibuat dua kali satahun.
Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa amalan yang perlu kita lakukan
untuk membolehkan kita hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat ini harus
dipupuk sedari kita kecil dimana ibu bapa serta anggota keluarga memainkan
peranan mereka dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Oleh itu mencegah
lebih baik dari mengubati.
No comments:
Post a Comment