Sudah tentu anda tidak mahu jatuh sakit, bukan? Maka itu anda MESTI menjaga kesihatan diri setiap hari. Tip mudah menjaga kesihatan diri adalah:
- Banyak minum air masak atau sudah ditapis. Sekurang-kurangnya 8 kelas sehari.
- Makan dan minum makanan atau minuman yang terjamin kebersihannya, iaitu tidak terdedah kepada lalat atau serangga lain.
- Jangan membeli makanan dan minuman yang dijual penjaja di tepi jalan, yang kotor dan berhabuk.
- Bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari. Paling mudah ialah dengan berjalan cepat atau berjoging, menunggang basikal, dan bermain badminton.
- Cuci tangan dengan sabun selepas ke tandas, sebelum makan dan selepas makan. Cuci mengikut teknik yang sempurna.
- Jangan mengorek atau memasukkan okjek ke dalam telinga mahupun hidung.
- Dapatkan rawatan doktor jika terkena sakit kulit seperti kudis, kurap dan kulat.
- Tidur secukupnya dan jangan tidur lewat kerana tidur lewat menyebabkan pelbagai masalah pada tubuh.
No comments:
Post a Comment