Antara Khasiat Memakan Betik :
1. Mencegah penyakit kandung hempedu
Selain mengandungi vitamin C yang tinggi, iaitu dua kali
ganda kandungan vitamin C di dalam buah limau, betik juga boleh mencegah
penyakit yang mendera kandung hempedu. Ini merupakan hasil kajian pakar
pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih daripada
13 ribu orang. Setelah menganalisis kadar darah sukarelawan, para pengkaji mendapati bahawa mereka yang mempunyai kadar
vitamin C yang rendah, akan
mengalami risiko menderita penyakit
kandung hempedu yang tinggi.
Walaupun sumber vitamin C boleh didapati daripada pelbagai
jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah betik dalam ukuran sederhana (±280
gram) mengandungi 88 mg vitamin C dan
500 kj kalori. Ini ialah jumlah yang amat besar. Penyakit kandung hempedu lebih
banyak menyerang wanita berbanding lelaki, oleh itu amalan makan betik amat
baik untuk kaum wanita.
2. Mengurangkan keradangan
Betik mempunyai beberapa enzim protein pencernaan unik
termasuklah papain dan chymopapain. Dipercayai enzim ini mampu membantu
mengurangkan keradangan dan dapat merangsang penyembuhan akibat kesan terbakar.
Khasiat antioksida di dalam betik termasuklah vitamin C, E
dan beta karotena juga amat baik dalam mengurangkan keradangan.
Papain di dalam betik muda dikatakan amat berguna dalam
masalah kekurangan jus gastric, mucus tidak elok yang berlebihan di dalam
perut, dyspepsia dan keradangan usus.
Buah yang masak pula jika dimakan selalu, mampu mengurangkan
masalah sembelit, hemoroid atau buasir, najis yang berdarah dan kronik.
Jus yang dihasilkan daripada biji betik juga dikatakan
berguna dalam merawat dyspepsia dan najis berdarah.
3.Membantu peredaran haid yang teratur
Buah yang belum masak dikatakan elok dimakan oleh wanita
yang mengalami masalah haid yang tidak teratur.
Ia mampu mengecutkan struktur otot rahim dan sekaligus
memastikan peredaran haid yang teratur.
4.Merawat sirosis hati
Biji betik pula dikatakan amat bernilai tinggi dalam merawat
sirosis hati yang disebabkan oleh alkoholisme, kekurangan zat dan pelbagai
sebab lain.
Satu sudu jus biji betik yang dikisar dan dicampurkan dengan
10 titis jus limau dikatakan boleh diambil sekali atau dua kali sehari selama
kira-kira sebulan sebagai ubat bagi penyakit ini.
5.Merawat penyakit tekak
Jus betik yang dicampurkan dengan madu dikatakan boleh
digunakan dalam merawat tonsil yang kemerahan akibat difteria dan penyakit
tekak yang lain.
Ramuan ini dikatakan mampu mencairkan membran dan menghalang
jangkitan daripada merebak.
6.Penawar masalah limpa
Buah betik masak pula dikatakan amat berguna dalam merawat
masalah limpa yang mengalami pembesaran. Buah yang telah dibuang kulit dipotong
dan direndam di dalam cuka selama seminggu. Kira-kira 20 g betik yang telah
dijeruk ini, boleh diambil dua kali sehari bagi merawat masalah ini.
Hirisan buah betik yang telah dicampurkan dengan biji jintan
putih dan lada hitam pula dikatakan elok dimakan sekali sehari untuk merawat
pembesaran limpa yang disebabkan penyakit malaria.
7.Merawat tumit pecah
Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah
yang boleh menyebabkan kaki terasa
sakit.
Satu daripada rawatan tradisonal bagi mengubati masalah ini
adalah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil
getahnya dan sapu di bahagian tumit yang pecah.
Namun begitu elakkan daripada terkena mata kerana getah muda
ini akan mengakibatkan mata gatal dan bengkak seperti digigit serangga.
KHASIAT DAUN BETIK DALAM MENGUBATI KANSER
Pucuk betik atau daun muda selalunya direbus dan dijadikan
ulam. Ianya mempunyai banyak khasiat antaranya merendahkan tahap kolesterol
dalam darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit migrain di
samping boleh melangsingkan badan.
Pucuk betik mempunyai rasa yang agak pahit. Untuk mengubat
penyakit di atas adalah dengan memakan pucuknya yang direbus ataupun meminum
satu atau dua gelas air rebusannya.
Daun betik mengandungi mineral dan vitamins (A, C, B
complex, b17, Vitamin k and E).
Daun yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit
otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit.
Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari
daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau
nipis
Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati
penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera
bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah
diketahui.
Bagi merawat luka berdarah, daun betik ditumbuk lumat
kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat
yang luka dan dibalut. Ia dapat menghentikan pendarahan.
Daun betik juga dikatakan dapat menahan kesakitan, Cara
menggunakan daun betik untuk menahan kesakitan seperti kanser :
a) Rebuskan 2 helai daun betik bersama 1liter air mineral.
b) Biarkan ia mendidih dan menjadi � liter air. Amalkan 4
jam sekali.
c) 1 Gelas sekali minum. 6 gelas sehari.
Akan membantu menghilangkan kesakitan akibat penyakit kanser
dan membunuh sel kanser sebab ia mengandungi B17
Di dalam buku Papaya as Medicine, pengarangnya menggunakan
muka surat 75-87 untuk menceritakan pengalaman-pengalaman penderita kanser
(atau kanker di Indonesia), kebanyakannya orang Australia, sembuh dengan izin
Allah, dengan meminum air rebusan daun betik.
RESIPI AIR REBUSAN DAUN BETIK UNTUK PESAKIT KANSER
a) Ambil 7 helai daun yang sederhana besarnya -- daun betik
yang tidak terlalu tua, dan tidak terlalu muda.
b) Basuh daun2 itu dan toskan airnya.
c) Potong daun2 itu kecil2 seperti kita potong kobis.
d) Masukkan daun yang sudah dipotong ke dalam periuk bersama
2 liter air.
e) Masak dengan api kecil sehingga mendidih dan air menjadi
setengah.
f) Tapis dan masukkan ke dalam bekas kaca.
g) Simpan di dalam peti sejuk sehingga 3 atau 4 hari.
h) Minum sebanyak 50 ml tiga kali sehari.
i) Kalau air sudah menjadi keruh (cloudy) sila buang.