Membantu proses menurunkan berat badan
Sayuran hijau adalah semula jadi rendah
karbohidrat tetapi kaya dengan serat yang menjadikan ia lambat untuk di
hadamkan. Maka ia akan membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih
lama. Kelebihan utama sayuran hijau adalah ia sangat rendah kalori yang telah
membuktikan bahawa ia sesuai di jadikan menu untuk membantu proses penurunan berat badan.
Mencantikkan kulit
Oleh kerana sayuran hijau mengandungi
banyak kandungan air, ia membantu badan untuk kekalkan kelembapan dan ianya
menyumbang kepada kecantikan kulit dan rambut. Anti oksidan seperti vitamin C yang terdapat di dalam sayuran
hijau juga membantu tubuh untuk membuat kolagen yang juga membantu mencantikkan
kulit dan rambut selain mengurangkan risiko arthritis. Vitamin E dan vitamin C bergabung
untuk mengekalkan kulit yang sihat walaupun meningkat usia.
Membina dan memperbaiki tulang
Sesetengah sayuran hijau seperti sayur
kailan adalah tinggi dengan kalsium dapat membantu memastikan gigi dan tulang
sentiasa kuat. Ia juga dapat mengurangkan risiko menghidap osteoporosis. Sayur
yang mengandungi kalium juga mempunyai fungsi yang sama. Untuk mendapatkan
tulang yang kuat, badan kita memerlukan kalsium, vitamin D dan vitamin K yang
bekerjasama untuk membina dan membaiki tulang.
Memastikan sistem imun kuat
Akhir sekali, sayuran hijau seperti bayam,
mengandungi beta-karotena yang membantu melindungi sel daripada rosak,
meningkatkan fungsi imun dan melingdungi mata daripada penyakit yang berkaitan
usia. Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
Menangani masalah kesihatan
selain daripada rasa yang sedap dan lazat
sayur-sayuran mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah
kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Pengkajian yang secara
mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran
dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati,
kencing manis serta darah tinggi
No comments:
Post a Comment