Info Kesihatan
Wednesday, 20 May 2015
8 Khasiat Timun Untuk Kesihatan Anda
Timun adalah makanan seharian yang penuh khasiat dan boleh digunakan dalam pelbagai masakan atau boleh dimakan mentah begitu sahaja. Bila anda membeli timun pilih yang keras dan berwarna hijau gelap untuk mendapatkan kesegaran timun.
Timun memberikan khasiat seperti berikut:
1) Khasiat Timun Menghidrasi Badan Anda.
Jika anda terlalu sibuk untuk minum air, makanlah timun, ia akan menggantikan kehilangan air dari badan anda kerana timu mengandungi 90% air.
2) Khasiat Timun Membuang Toksin Dari Badan.
Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan anda. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).
3) Khasiat Timun Membekalkan Keperluan Vitamin Harian Anda
Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri dan memberi anda tenaga.
Jadikan timun lebih berkuasa dengan membuat jus timun campur bayam dan lobak merah. Jangan buang kulit timun kerana ia mengandungi kira-kira 12% keperluan vitamin C harian anda.
4) Khasiat Timun Memulihkan Mata
Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.
5) Khasiat Timun Melawan Kanser
Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari, payudara, prostat dan kanser rahim.
6) Khasiat Timun Menyembuhkan Kencing Manis, Mengurangkan Kolesterol dan Mengawal Tekanan Darah
Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis.
Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol.
Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.
7) Khasiat Timun Untuk Kesihatan Sendi, Melegakan Artritis dan Sakit Gout
Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.
8) Khasiat Timun Menjaga Kesihatan Buah Pinggang
Timun merendahkan tahap asid urik di dalam badan anda dan dengan ini mengekalkan menjadikan buah pinggang yang sihat bila anda selalu mengambil timun.
Sunday, 10 May 2015
8 Khasiat Tomato Yang Anda Tidak Ketahui
Kita sering disarankan
untuk makan tomato bagi mendapatkan kulit yang cantik. Tapi tahukah anda bahawa
tomato secara umumnya mempunyai lebih banyak khasiat yang bagus?
1. Menghilangkan kutil atau ketuat
Tomato juga berguna untuk menghilangkan kutil atau ketuat
iaitu dengan merendamkan kaki ke dalam air suam sepuluh saat dan potong tomato
hijau dengan hirisan yang kecil dan diletakkan pada kutil atau ketuat itu
kemudian balut dengan kain dan dibuka di waktu pagi.Lakukan di waktu malam
berulang kali sehingga lima malam berturut-turut.
2.Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat
sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia
menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak
serta noda hitam pada kulit.Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C
dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka
ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas
selepas 20 ke 30 minit.Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus
timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.
3.Merawat jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada
kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan
dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.
4. Pengawalan Berat Badan
Tomato mengandungi lemak rendah serta tiada kolesterol menjadikan ianya berkhasiat untuk dimakan. Ia turut mengandungi banyak air serta serat yang mampu untuk mengenyangkan perut. Tambahkan tomato dalam menu harian. Tingkatkan kreativiti dengan masak menu berlainan agar tidak bosan. Jika anda sedang dalam pelan menguruskan badan, ambil tomato sebagai snack jika terasa lapar.
5. Membantu Masalah Susah Tidur
Tomato mengandungi sumber nutrisi lycopene yang kebiasaanya hanya terdapat di sayuran atau buah-buahan berwarna merah. Kajian menunjukkan lycopene mempunyai banyak khasiat antaranya membantu kepada masalah tidur. Jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam atau insomnia, cuba hidangan seperti salad atau sup tomato untuk makan malam.
6. Mengurang Kerosakan Kulit
Selain diketahui sebagai ejen mencantikkan kulit, sumber nutrisi lycopene juga dapat membantu dalam pemulihan kulit. Sebuah kajian membuktikan bahawa dengan memakan sos tomato berterusan selama 3 bulan dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran radiasi matahari sebanyak 30%.
7. Membantu Penglihatan Mata
Kebiasannya lobak sering dikaitkan dengan kesihatan mata, tetapi tahukah anda bahawa tomato juga turut mempunyai khasiat yang sama? Kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan dari terjadinya rabun malam. Ianya turut menghalang penyakit mata macular degenerationyang menyebabkan kesukaran untuk melihat.
8. Merawat Batu Karang
Pengambilan tomato secara berterusan dapat memberi kelegaan kepada kesakitan akibat batu karang. Selain itu, menerusi beberapa kajian yang dijalankan juga membuktikan bahawa tomato dapat menghalang terjadinya penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser prostat.
Saturday, 9 May 2015
Punca Terjadinya Gout
Apakah Gout?
Gout adalah keadaan dimana berlaku
keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi
metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin
gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate
nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang
menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.
Punca Gout
Gout boleh berlaku disebabkan beberapa
faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah
sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit
metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada
pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling
sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.
Pemendapan asid urik ini lama kelamaan
akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit
sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari
kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.
Banyak makanan tinggi protein seperti
makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine.
Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine
ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak.
Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan
makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.
Cara mengatasi
·
Amalkan diet rendah
purine. Sederhanakan pengambilan makanan
berprotein yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis,
sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga
kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis).
·
Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan
asid urik.
·
Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu
proses penyingkiran urate.
·
kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan
menyingkirkan asid urik.
·
Bersenam
Thursday, 7 May 2015
5 Khasiat Dan Kebaikan Sayuran Hijau
Membantu proses menurunkan berat badan
Sayuran hijau adalah semula jadi rendah
karbohidrat tetapi kaya dengan serat yang menjadikan ia lambat untuk di
hadamkan. Maka ia akan membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih
lama. Kelebihan utama sayuran hijau adalah ia sangat rendah kalori yang telah
membuktikan bahawa ia sesuai di jadikan menu untuk membantu proses penurunan berat badan.
Mencantikkan kulit
Oleh kerana sayuran hijau mengandungi
banyak kandungan air, ia membantu badan untuk kekalkan kelembapan dan ianya
menyumbang kepada kecantikan kulit dan rambut. Anti oksidan seperti vitamin C yang terdapat di dalam sayuran
hijau juga membantu tubuh untuk membuat kolagen yang juga membantu mencantikkan
kulit dan rambut selain mengurangkan risiko arthritis. Vitamin E dan vitamin C bergabung
untuk mengekalkan kulit yang sihat walaupun meningkat usia.
Membina dan memperbaiki tulang
Sesetengah sayuran hijau seperti sayur
kailan adalah tinggi dengan kalsium dapat membantu memastikan gigi dan tulang
sentiasa kuat. Ia juga dapat mengurangkan risiko menghidap osteoporosis. Sayur
yang mengandungi kalium juga mempunyai fungsi yang sama. Untuk mendapatkan
tulang yang kuat, badan kita memerlukan kalsium, vitamin D dan vitamin K yang
bekerjasama untuk membina dan membaiki tulang.
Memastikan sistem imun kuat
Akhir sekali, sayuran hijau seperti bayam,
mengandungi beta-karotena yang membantu melindungi sel daripada rosak,
meningkatkan fungsi imun dan melingdungi mata daripada penyakit yang berkaitan
usia. Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
Menangani masalah kesihatan
selain daripada rasa yang sedap dan lazat
sayur-sayuran mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah
kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Pengkajian yang secara
mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran
dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati,
kencing manis serta darah tinggi
Monday, 4 May 2015
Bagaimana Kita Nak Menjaga Dalaman Kita Secara Tidak Langsung Luaran Turut Terjaga?
1. Dgn mngamalkan pemakanan yang sihat.
·
Pengmbilan makanan yang sihat serlahkan
tubuh yang sihat, otak pun cerdas jadi luaran kita juga secara tidak langsung
mempamerkan keterampilan yang boleh mempengaruhi persekitaran.
2. Pengmbilan air yang cukup.
·
Minumlah air 2 liter atau lebih setiap
hari, membantu penghadaman & Mencegah jangkitan kencing, sekiranya anda
seorang ibu menyusu wajib minum 3 liter atau lebih.
3. Bersenam at least 30 minit 1 hari.
·
Utk permulaan anda boleh buat selang seli atau pun,
curi masa seketika utk bersenam ringan. 1 permulaan yang baik bukan?
4. Sentiase berfikiran positif.
·
Pemikiran kita mempengaruhi tindakan
kita, kalau fikir baik maka baiklah perbuatan kita & sebaliknya. Berfikiran
negatif akan membawa kepada masalah kemurungan yang boleh menjejaskan emosi
& kesihatan.
4. Kuasai Minda Separa Sedar dengan mengawal Minda Sedar.
5. Tidur dengan cukup.
5. Tidur dengan cukup.
·
Tidur dengan cukup dan bangun awal pagi
serta elakkan tidur di siang hari dengan tempoh yang lama.
6. Pengambilan supplemen.
·
Pengambilan suplemen boleh membantu
anda dengan lebih berkesan & menyeluruh dalam menjaga kesihatan
dalaman & luaran.
Thursday, 30 April 2015
Tanda-Tanda Kencing Manis Yang Anda Perlu Tahu
Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu
sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya
sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah
penting untuk anda mengenal pasti tanda-tanda tersebut dan mendapatkan rawatan
segera, bagi mengelakkan anda dari menjadi korban penyakit kencing manis.
Jenis-jenis kencing
manis
Terdapat dua jenis penyakit diabetes yang utama iaitu
Kencing Manis Jenis 1 (Diabetes Type 1) dan Kencing Manis Jenis 2 (Diabetes
Type 2).
♦
Kencing Manis Jenis 1 - "Insulin Dependent Diabetes Mellitus"
(bergantung pada Insulin)
Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja.
Biasanya badan tidak dapat menghasilkan insulin.
♦
Kencing Manis Jenis 2 - "Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus"
(tidak bergantung pada insulin)
Jenis yang paling biasa ditemui. Lebih daripada 90%
penghidap diabetes adalah dari Jenis 2.
Biasanya dihidapi oleh orang yang berumur dan berat badan
berlebihan.
Biasanya sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik
terhadap insulin atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi.
Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2
adalah kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu
menyuntik diri sendiri dengan insulin. Sebenarnya kedua-dua jenis adalah serius
jika tidak diurus dengan baik.
Simptom-simptom
kencing manis
Berikut adalah 10 tanda-tanda umum penyakit kencing manis
yang anda boleh perhatikan. Tidak semua orang akan mengalami semua gejala
berikut dan bagi mereka yang mengalaminya biasanya ianya tidaklah teruk. Ramai
pesakit yang menghidapi kencing manis Jenis 2 tidak menyedarinya selama
bertahun-tahun kerana tanda-tanda awalnya kurang ketara.
Doktor boleh melakukan ujian yang mudah untuk menilai risiko
kencing manis anda. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, anda boleh
mendapatkan rawatan serta membuat perubahan kepada gaya hidup anda sebelum
ianya terlambat.
Kini produk CYPREME juga boleh digunakan untuk kencing manis. Produk yang terlaris dipasaran sekarang. Tak perlu cucuk insulin lagi, hanya amalkan minum air cypreme setiap hari sudah cukup. InshaAllah, ia bertindak dalam masa seminggu sudah nampak kesan.
Cara penggunaan cypreme
=====
titiskan 51 titik ke 1.5 liter air mineral
habiskan dalam masa sehari.mimum ketika perut kosong
amalkan setiap hari.
kesan seawal 7 hari
Untuk tempahan atau pertanyaan boleh hubungi nombor seperti di dalam gambar di bawah.
Untuk testimoni cypreme boleh lihat DISINI.
Wednesday, 29 April 2015
Testimoni CYPREME
Assalamualaikum, harini saya nak share tentang TESTIMONI costumer CYPREME. Bagi yang ada rasa ragu-ragu untuk mencuba, ni bukti testimoni costumer kami yang sudah mencuba produk cypreme. Alhamdulillah, semakin ramai yang mencuba produk kami dan berhasil. Produk cypreme bukan untuk GOUT saja malah untuk KENCING MANIS, RESDUNG, dan DARAH TINGGI pun boleh. Ada juga costumer kami yang amalkan minum cypreme setiap hari walaupun tiada penyakit seperti gout, darah tinggi.
SMS GT1 KE 013-9938805 Untuk Maklumat Lanjut.
SMS GT1 KE 013-9938805 Untuk Maklumat Lanjut.
SMS GT1 KE 013-9938805 Untuk Maklumat Lanjut.
SMS GT1 KE 013-9938805 Untuk Maklumat Lanjut.
SMS GT1 KE 013-9938805 Untuk Maklumat Lanjut.
PRODUK TERLARIS DIPASARAN!
Kalau bukan sekarang bila lagi mahu mencuba, lebih baik MENCEGAH dari MERAWAT.
Kami buat promosi khas untuk pelanggan kami yang tersayang. Harga kasih sayang kami bagi kepada pelanggan kami. Cepat sementara promosi masih ada dan stok terlalu tinggi permintaan. Cepat cepat cepat!
PROMOSI HEBAT!!!
SMS GT1 KE 013-9938805 Untuk Maklumat Lanjut.
SMS GT1 KE 013-9938805 Untuk Maklumat Lanjut.
SMS GT1 KE 013-9938805 Untuk Maklumat Lanjut.
Subscribe to:
Posts (Atom)