Thursday 7 May 2015

5 Khasiat Dan Kebaikan Sayuran Hijau

Membantu proses menurunkan berat badan

Sayuran hijau adalah semula jadi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat yang menjadikan ia lambat untuk di hadamkan. Maka ia akan membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Kelebihan utama sayuran hijau adalah ia sangat rendah kalori yang telah membuktikan bahawa ia sesuai di jadikan menu untuk membantu proses penurunan berat badan.


Mencantikkan kulit

Oleh kerana sayuran hijau mengandungi banyak kandungan air, ia membantu badan untuk kekalkan kelembapan dan ianya menyumbang kepada kecantikan kulit dan rambut. Anti oksidan seperti vitamin C yang terdapat di dalam sayuran hijau juga membantu tubuh untuk membuat kolagen yang juga membantu mencantikkan kulit dan rambut selain mengurangkan risiko arthritis. Vitamin E dan vitamin bergabung untuk mengekalkan kulit yang sihat walaupun meningkat usia. 





Membina dan memperbaiki tulang 

Sesetengah sayuran hijau seperti sayur kailan adalah tinggi dengan kalsium dapat membantu memastikan gigi dan tulang sentiasa kuat. Ia juga dapat mengurangkan risiko menghidap osteoporosis. Sayur yang mengandungi kalium juga mempunyai fungsi yang sama. Untuk mendapatkan tulang yang kuat, badan kita memerlukan kalsium, vitamin D dan vitamin K yang bekerjasama untuk membina dan membaiki tulang. 


Memastikan sistem imun kuat

Akhir sekali, sayuran hijau seperti bayam, mengandungi beta-karotena yang membantu melindungi sel daripada rosak, meningkatkan fungsi imun dan melingdungi mata daripada penyakit yang berkaitan usia. Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.



Menangani masalah kesihatan

selain daripada rasa yang sedap dan lazat sayur-sayuran mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi


No comments:

Post a Comment